Translate

Aroma Ikan Bakar - Jeram, Kuala Selangor

Salam. burrrpp. kenyang. seyes bru balik makan nih! Sempena tahun baru, dan sambutan kejayaan team kami, tuk kuat kan perut dan bonding antara kami maka kami pon pergilah Kuala Selangor. bermain di Pantai Remis, dan Makan di Aroma Ikan Bakar, Jeram! Setelah berpoluh2 main volley ball, kami pon singgah di restoran ini untuk solat dan makang!. ada surau dalam restoran ini maka tak perlu risau...


Selepas, menunaikan solat dalam pukul 8 pm kami mula beratur untuk dapatkan lauk pauk yang kami inginkan.. Sabtu mungkin total orang lebih ramai dari weekdays.

Antara harga terkini untuk 100 gram.

Ikan dia ok lah... moderate choices.



kami ambil kepah.


Pari sekor besar, sekor kecil



siakap sekor besar juga size dia

ketam 5 ekoq sebab kami 5 orang.

ok ni mmang fav dish mulut i. Sikap masak 3 rasa. agak pedas bagi yang tak leh makan pedas sangat. bagi saya tak pedas langsung. saya tak penah makan siakap 3 rasa ini style. dia a bit manis. tapi masih sedap. cuma dia punya ikan tu masa digoreng ngan tepung mungkin tak cukup lama so kurang ranggup skit. kalau orang nak ratah2 ekor ikan memang tak dapat ler...




Pari bakar. Rasa pari bakar ni dia ada salut dengan kisaran cili bersama??? tak pasti ahahhaha. rasa dia biasa aja. tapi agak enak dimakan dengan cili kicap dan budu. mungkin sebab ikan dia fresh sodap ler.

Ketam goreng bercili. walaupun nama dia ketam goreng bercili. apa yang saya rasa kat lidah adalah kotam goreng kari..hahaha tapi sebab kotam dia fresh. senang tuk makan. manis. saya puji ketam itselves sedap!


Mussel-aka Kepah. ini masak serai. macam dia rebus dalam air serai bersama cili... sebab mussel ini besar. dan manis. memang licin dimakan oleh kami!


Kami juga order 5 jenis minuman, 1 jug air sirap limau ais, nasi 5 orang makan, kangkung belacan 3 orang makan ...

total semua RM 150.00..

seriously ?? im impressed. tak tau lah kalau korunk rasa mahal. tapi saya rasa agak berpatutan! :)
rasa pon sedap...ok


address: Jalan Jati off Jalan Pantai Jeram
45800 Jeram

food rating : 4.5/5
place rating :3.5/5
price rating : 4/5



Comments

Popular Posts