Restoran Ketam Batu, Jalan Kebun, Kota Kemuning Shah Alam [RECOMMENDED - for certain menu]

Salam peeps, 

awal pagi rini. aku gi makan kat satu kedai lah. kedai tu antara kedai yang ramai orang puji, katenye sedap. sekali aku pegi. kecewa duka lara. memang aku tak mo recommend kedai gitu kat blog aku ni .wlupon kedai tu nampak presentation food awesome, enviroment best tapi memang tak mo post!!

so petang nyer lak. kawan aku ada lah yang melepak kat KK. hahah. aku memang ngidam sambal belacan kedai ni. maka berusaha lah google kat mana lokasi kedai ni sebab awal2 dulu aku cuma penah gi kedai ni sekali itu pon housemate bawak. kitaorang google2 sampai sesat. eh geram pula aku 

kalau sesat kat area jalan kebun ni annoy skit ..sebab dia ada jalan batu bata tanpa tar. takut aku klu tayar kete meletup. alhamdulillah 
jumpa gak lepas setengah jam sesat .. jumpa gak kedai ketam batu ni.!!

antara masakan yang memang famous kat sini adalah .. nasi ikan/ayam goreng panas!!!
dia sedap dia apa tau.. dia nyer SAMBAL belacan!!, gabung gan ikan panas. gabung gan nasi panas, gabung dengan ulam, gabung dengan kari LEMAK berkrim. omg aku tambah dua pinggan kot. harga dia rm5 jer satu set!! *tanpa air manis. air sejuk kosong bleh ler :P

nasi ikan goreng panas!! ikan koli, nasi, timun, bendi, ulam, cili kicap, sambal belacan, kari lemak berkrim, salad

maka sila lah serbu dan makan kalau anda peminat nasi berlaukkan ayam/ikan goren panas2 :P

lokasi :
Tepi Jalan, Lorong Haji Said, Jalan Kebun Barat
food rating : 4/5
place rating :2.5/5
price rating : 5/5




Comments

Popular Posts